Wednesday 29 June 2011

SELAMAT MENJAMU SELERA

 Selamat Menjamu Selera buat semua penggemar FENOMENA MEE BANDUNG MUAR di mana saja anda berada.  Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menikmati rasa mee bandung kami dan kepada sesiapa yang masih belum merasainya dialu-alukan membuat tempahan segera. Rasai sendiri dan berikan maklumbalas kepada kami agar penambahbaikan akan boleh dibuat demi kebaikan masa hadapan. 

Fenomena Mee Bandung Muar kini mula memasuki pasaran yang lebih luas dan mengalu-alukan penyertaan dari mana-mana pihak yang ingin bersama-sama mengedarkan dan menyediakan juadah istimewa ini di tempat anda. Kelainan citarasa dan resepi khusus dari Muar buat semua rakyat Malaysia yang cintakan masakan tempatan.


Kami juga menjemput semua peminat-peminat mee bandung muar menikmati masakan ini di gerai kami bertempat di Sungai Mati, Muar, JOHOR dan bertemu sendiri dengan pemilik FENOMENA MEE BANDUNG MUAR saudara Zulkeply bin Samad dan bertukar-tukar pendapat serta memberikan maklumbalas anda secara terus kepada beliau tentang resepi yang diusahakanya sejak 15 tahun ini.
 

Sunday 12 June 2011

Khusus Untuk Peniaga

Kepada Pengusaha Restoren & Kedai Makanan

Fenomena Mee Bandung Muar mengalu-alukan pengusaha-pengusaha restoren, gerai makanan & minuman di seluruh negara untuk membuat tempahan Perencah Mee Bandung Muar yang dibuat khusus untuk anda semua. Resepi khusus dari Sungai Mati, Muar, Johor ini adalah antara yang terbaik di Muar dan sekitarnya. Tempahan boleh dibuat secara terus kepada pembekal-pembekal kami yang tersenarai. 

Kami menyediakan Pakej peniaga bagi pek bersaiz jumbo bermula dari 1kg (RM30.00) dan seterusnya untuk kemudahan anda. Anda juga boleh mendapatkan stok dengan membuat tempahan awal kepada pihak kami mengikut kuantiti yang diperlukan bagi urusan penghantaran. 

Oleh yang demikian jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memberikan pelanggan anda dengan citarasa Mee Bandung Muar terkini yang terbaik demi meningkatkan kualiti dan kepuasan pelanggan anda semua.

::CUBA SEKALI PASTI TERINGIN LAGI::


Terima Kasih di atas sokongan anda

Monday 6 June 2011

Fenomena Mee Bandung Muar @ Port Dickson

Fenomena Mee Bandung Muar kini memperluaskan lagi liputan pengedaran produk Perencah Mee Bandung Muar ke Port Dickson, Negeri Sembilan.  Kepada penggemar masakan Mee Bandung Muar disekitar Port Dickson kini boleh mendapatkan stok bekalan dari pengedar kami di alamat sepertimana senarai di sebelah.