Saturday 30 July 2011

Salam Ramadhan Al Mubarak

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Buat semua pelanggan setia FENOMENA MEE BANDUNG MUAR

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK & Kami ingin mengucapkan selamat menjalani Ibadah berpuasa di samping keluarga tercinta dan ahli saudara. Semoga bulan yang penuh kerahmatan dan kebaikan ini dipenuhi dengan amalan dan program - program yang memberikan keredhaan Allah s.w.t hendaknya.  

Untuk program berbuka puasa jangan lupa menikmati juadah istimewa Fenomena Mee Bandung Muar dan segala tempahan dibuat seperti biasa dan kami mengalu-alukan pelanggan yang ingin menjadikan juadah ini sebagai salah satu juadah berbuka bersama keluarga. Untuk tempahan sila layari Borang Tempahan atau sila hubungi no telefon pembekal mengikut lokasi anda berada.  

Terima Kasih & Selamat Berpuasa

Wednesday 29 June 2011

SELAMAT MENJAMU SELERA

 Selamat Menjamu Selera buat semua penggemar FENOMENA MEE BANDUNG MUAR di mana saja anda berada.  Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menikmati rasa mee bandung kami dan kepada sesiapa yang masih belum merasainya dialu-alukan membuat tempahan segera. Rasai sendiri dan berikan maklumbalas kepada kami agar penambahbaikan akan boleh dibuat demi kebaikan masa hadapan. 

Fenomena Mee Bandung Muar kini mula memasuki pasaran yang lebih luas dan mengalu-alukan penyertaan dari mana-mana pihak yang ingin bersama-sama mengedarkan dan menyediakan juadah istimewa ini di tempat anda. Kelainan citarasa dan resepi khusus dari Muar buat semua rakyat Malaysia yang cintakan masakan tempatan.


Kami juga menjemput semua peminat-peminat mee bandung muar menikmati masakan ini di gerai kami bertempat di Sungai Mati, Muar, JOHOR dan bertemu sendiri dengan pemilik FENOMENA MEE BANDUNG MUAR saudara Zulkeply bin Samad dan bertukar-tukar pendapat serta memberikan maklumbalas anda secara terus kepada beliau tentang resepi yang diusahakanya sejak 15 tahun ini.
 

Sunday 12 June 2011

Khusus Untuk Peniaga

Kepada Pengusaha Restoren & Kedai Makanan

Fenomena Mee Bandung Muar mengalu-alukan pengusaha-pengusaha restoren, gerai makanan & minuman di seluruh negara untuk membuat tempahan Perencah Mee Bandung Muar yang dibuat khusus untuk anda semua. Resepi khusus dari Sungai Mati, Muar, Johor ini adalah antara yang terbaik di Muar dan sekitarnya. Tempahan boleh dibuat secara terus kepada pembekal-pembekal kami yang tersenarai. 

Kami menyediakan Pakej peniaga bagi pek bersaiz jumbo bermula dari 1kg (RM30.00) dan seterusnya untuk kemudahan anda. Anda juga boleh mendapatkan stok dengan membuat tempahan awal kepada pihak kami mengikut kuantiti yang diperlukan bagi urusan penghantaran. 

Oleh yang demikian jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memberikan pelanggan anda dengan citarasa Mee Bandung Muar terkini yang terbaik demi meningkatkan kualiti dan kepuasan pelanggan anda semua.

::CUBA SEKALI PASTI TERINGIN LAGI::


Terima Kasih di atas sokongan anda

Monday 6 June 2011

Fenomena Mee Bandung Muar @ Port Dickson

Fenomena Mee Bandung Muar kini memperluaskan lagi liputan pengedaran produk Perencah Mee Bandung Muar ke Port Dickson, Negeri Sembilan.  Kepada penggemar masakan Mee Bandung Muar disekitar Port Dickson kini boleh mendapatkan stok bekalan dari pengedar kami di alamat sepertimana senarai di sebelah.

Friday 27 May 2011

New@MEE BANDUNG MUAR - Rasai kelainannya





CARA PENYEDIAAN
•  Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah sehingga kuning dan berbau harum.
•  Masukkan 1 paket perencah MEE BANDUNG MUAR dan air dan kemudian kacau sehingga larut dan sebati.
Masukkan udang/daging/ayam dan biar sehingga  masak. masukkan garam secukup rasa dan biarkan sehingga mendidih.
•  Masukkan bahan-bahan tambahan seperti fish ball dan sayuran (ikut keperluan)
•  Pecahkan telur dan biarkan ( tanpa kacau) sehingga masak.
•  Sedia untuk dihidang.

CADANGAN HIDANGAN
1/2 kilo  = 9 - 12 orang
1 kilo     = 12 - 20 orang

Thursday 26 May 2011

Mee Bandung Muar

Assalammualaikum & Salam sejahtera buat semua penggemar MEE BANDUNG MUAR.

Dalam diam-diam ramai juga peminat-peminat masakan popular bandar Muar nie. tetapi memandangkan teknologi menguasai masa kini. Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama menyahut langkah kerajaan memperkasaka industri ICT selaras dengan lebih mengenali masakan hebat ini di alam maya.

Mi Bandung atau Mee Bandung adalah satu masakan dan makanan tradisional yang terkenal yang berasal dari Muar, Johor, Malaysia.[1] Perkataan 'bandung' di dalam namanya berpunca daripada maksud perkataan tersebut yang bererti 'berganda' atau 'berkembar' atau 'berpasangan' di mana sesuatu bergandingan atau bercampuran dengan sesuatu yang lain. Umpamanya seperti 'Sirap Bandung' untuk minuman susu bergandingan dengan sirap berperisa ros ataupun 'Rumah Berbandung' untuk rumah berkembar (semi-D).

Bagi Mee Bandung pula ia adalah masakan gandingan mi dan telur sahaja pada ketika dahulu ia digelar sedemikian, di samping ramuan campuran cili dan bawang tumisan bersama rempah ratus, belacan dan udang kering; sebelum ia kini ditambah dengan bahan tambahan seperti udang, daging, kuih ikan dan sayuran sekarang. Ia juga lebih gemar dan lazim dikenali sebagai Mee Bandung Muar yang telah menjadi makanan terkenal dan kegemaran di merata Malaysia meskipun adalah adalah diakui dan diketahui ramai Mee Bandung asli yang berasal dari Muar masih lagi yang terbaik dan tersedap untuk dijamah.[2], [3]

Mi Bandung hendaklah tidak dikelirukan dan disalah-anggapkan berkaitan dan berasal dari Bandung, suatu tempat di Indonesia kerana kedua-duanya adalah tiada berkaitan langsung.[4] - sumber http://ms.wikipedia.org/wiki/Mee_Bandung_Muar

BORANG TEMPAHAN ONLINE




Nama:




Alamat Email:




Alamat Penghantaran




Poskod




No. Telefon




Saiz Pek

1/2 Kilo (RM15.00)

1 Kilo (RM30.00)

2 Kilo (RM55.00)

3 Kilo (RM85.00)

Lebih 3 Kilo (harga boleh runding)



Kuantiti

1

2

3

4

lebih dari 5



Pembayaran

Tunai

Atas Talian (Online Maybank2u.com.my)

Cek



Jumlah (Termasuk Kos Penghantaran RM5)




Cadangan, Komen & Penambahbaikan ::





Terima Kasih di atas tempahan yang dibuat dan kami mengalu-alukan sebarang penambahbaikan demi keselesaan anda semua




Get your own free form like this one.